Want your
own Fotopage?






 
Spirit_of_London FotoPage
Royal Albert Hall
By: Spirit of London Siti Nurhaliza in Concert

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 15-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Konsert Fenomena RTM 14 June

Memang favourite ku ambik gambar stage dulu. Alahai kira OK lah
Dari kiri stage.
Ada stage set up sebelum Nilai Cinta mu
Siti dan Dayang posing
Dapat belakang aja
Segment ke 3. Curi2 ambil gambar.
Nak turun stage lepas habis
Not clear picture. Sedang di interview reporter
Mungkin tengah layan reporter.
View all 11 photos...
Rakaman Konsert Fenomena

Konsert yang akan di siarkan kan Hari Raya.

100 pas diberi kepada Sitizone - Terima kasih SNP team.

6:30 Peminat mula berkumpul dan sapa menyapa. Pakat2 pakai baju putih. Tapi ada yang pakai baju hitam.
7:15 Tukang distribute pas lalu di depan seperti nak ke surau. Peminat ikut ke surau, tapi tukang distribute terus masuk rupanya
7:45 : Ambil pas dan masuk cari tempat. Dapat di tepi sebelah kiri stage. Ada pokok menghalang pandangan. Ada piano besar juga tak sesuai di situ. (Kami cerewet atau standard kami high ?)
9:08 malam : Baru mula

Segment 1 - Pembukaan Siti nyanyi Walinongsari , Dayang nyanyi Puteri Santubong. Kena Repeat 1 kali, mungkin cameraman tak jumpa shot yang sesuai, salah posisi berdiri , etc.
Kemudian sessi Siti perkenalkan Dayang, Dayang perkenalkan Siti. Dayang kata Siti Diva, Siti kata Dayang Ratu R&B Malaysia.
Baju - Siti pakai ala2 kebaya (sebenarnya tak pandai nak terangkan) , tapi warnanya CERIA...blue dan pink. Dayang pakai serba hitam. (Sorry, tak pandai terangkan )

Then Dayang nyanyi 2 lagu...termasuk Dayang sayang Kamu.
Pun kena repeat. Sabarnya dia orang ni.

Segment 2 : Siti keluar . Dah tukar baju serba putih. Ada lah pink sikit di baju dan seluar. Nyanyi Seindah Biasa (apa lagi Banner keluar lah, 100% participation dari semua termasuk seorang pakcik tu kena pegang banner)
terus ke lagu Dia lah DiHati. Siti pun kena repeat sekali lagi.

Then Siti nyanyi Bukan Cinta Biasa, Dia start dengan duduk di atas sofa. Macam sofa Hari Raya, tapi warna sofa tenggelam dengan konsep stage.Then Siti pergi ke segmen Nostalgia nya - Lagu Emilia Contessa seperti di PGH . Yang ni tak kena repeat. Tapi penghayatan Siti memang menjadi.
Then Dayang nyanyi Kau lah Segalanya (Ruth Sahanaya) . Dia sempat bercerita kata dia dah dapt berduet dengan Ruth Sahanaya.

Nak tunggu lagu seterusnya dan persiapan stage, penonton di benarkan ambil gambar mereka. Jadi kebanyakkan gambar di sini dari segment 2 lah. Sorry, not so clear dan quite dark. Angle tak bagus sangat.

Kemudian kedua duanya nyanyi lagu Sudirman versi slow - Nilai Cinta Mu. Ada satu part tu mereka berdua membelakang each other..and ada satu part tu Siti cuit Dayang atas sebab tertentu.
Yang ni pun LULUS 100% tak kena repeat.

Last segment . Siti pakai serba pink . Nyanyi Aungerah di Aidil Fitri. Ada turun stage salam salam dengan org yang duduk di depan. Yang ni kena repeat sekali lagi sebab seorang penari jatuh dari tangga di minit pertama.

Dayang berkebaya. Dayang nyanyi Dendang perantau.
Then dua dua nyanyi agu Raya - Joget Di Aidil Fitri dan satu lagi lagu yang Anuar dan Elina popularkan dulu-dulu. ("Berlalu lah sudah Ramadhan, sebulan berpuasaaa").
Yang ni kena repeat.
Penonton pun nakal , mintak ulang sebenarnya..dan Siti kata "Permohonan diluluskan" Sebenarnya FM yang tak puas hati.

Akhir sekali mereka ucap terima kasih dan SELAMAT HARI RAYA



Click "View Complete Fotopage" untuk lihat semua koleksi gambar di event yang lain



He..he..he..golap tak golap..Janji eden puas hati Wed 15-Jun-2005 09:32
Posted by:mAi gti_world@yahoo.com
Thank you M@i. I will do better next time.
Cuma nak komen M@i punya IP address beberapa no. yg pertama macam IP address "cikgu shah" dan "sharon" yg dalam Zon Catatan ..
Thu 16-Jun-2005 01:02
Posted by:KJ jbh09192002@yahoo.com
thanks........
happy sanggat tengok gambar-gambar 2....
Fri 17-Jun-2005 06:53
Posted by:zamzarina@eina
Add comment


Sunday, 12-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kid's Choice Wannabe Award 5 June

Terima award
Andy, the MC
Thank you speech in English !
"I would like to thank you for choosing me...." Panjang speech
"Now I would like to sing a song called Lagu Rindu....."
"Angin lalu nyanyi lagu rindu, resah di kalbu kian syahdu..."
View all 22 photos...
IKANO Power Center, 5 June 4:00 pm

A simple ceremony for children. (Tapi ada juga adults berdiri di tepi sebelah kanan stage..)

Wannabe ("want-to-be") Award untuk penganugerah siapa role model yang kanak-kanak Malaysia dah pilih.

Siti terpilih untuk tahun ke 2 berturut-turut.

Not in paper ;

Siti's speech in English . (Sebenarnya NO BIG DEAL sebab dia memang boleh speak English pun!)

Award berupa replika air plane warna orange.

Siti nyanyi Lagu Rindu






[list]

M@i - KJamm punya collection masa pergi tengok dia hari tu. More pictures to come. Tue 14-Jun-2005 01:39
Posted by:KJamm jbh09192002@yahoo.com
mane gambar kak jam dan geng.... rindu le.... Fri 17-Jun-2005 07:00
Posted by:zamzarina@eina
ct dah ok ke speak english? dulu kekok giler..

Tumpang Lalu Tuan Rumah...

Koleksi Pakaian Bayi Dan Kanak2..Murah Je,
Klik ->> http://baby-zone.fotopages.com

sudi2kanlah!!
Wed 15-Oct-2008 18:44
Posted by:RENERAZR renerazr@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 5-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
AIM 12 Kemuncak Segala-galanya 30 April 2005

Stage
Kumpulan Baju Hijau
Tek-ket
View all 4 photos...
Anugerah Industri Muzik

Not in the paper ;

Peristiwa di pintu masuk.."unprofessionalism" of PWTC staff.
Pantun-pantun sinis Bob Lokman & Afdlin Shauki pasal Siti
Lawan tepuk Ning Clix vs Sitizone
Banner War
Siti's speech masa Anugerah Kembara
Siti's performance = Grand Finale
"Jalinan Cinta,.......,Pendirianku"


Care to comment?


Friday, 13-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
30 April - Pertemuan Cendol dan Rojak

Inilah dia yang di war-war kan
Cuma belum masuk Malaysia Book of Records aja lagi
Dia tak kan jatuh bankrap..
View all 10 photos...
Sabtu 30 April 2005 12:10 tengahhari. Pusat Tuisyen Titian Cahaya

"Hah, ambik gambar..habiss di komennya nanti.." kata-kata Kak Noor. Sudah tentu..

"Spirit of London" strikes back ! Nak kata gathering, bukan. Meeting pun bukan. Berjumpa kawan2 London lah, yang tak putus putus menyokong SN.

Melawat Kak Noor di pejabatnya dan menikmati Cendol dan Rojak Mamak Taman Melawati.

Gerai Rojak Mamak pun baru set up masa tu. Makan cendol satu round dulu sementara menunggu Leen.
Suasana open air, bawah pokok rendang.
Kak Noor berkongsi pengalaman perjalanan kariernya sebagai guru dan sekarang Pengarah Urusan Pusat Tuisyem Titian Cahaya. Syabas Kak Noor !
K-a-g-u-m.

1:30 ptg - Leen dan keluarga tiba, di sambut oleh jurugambar .
Leen datang dengan emak dia yang baru balik kerja dan adik dia , Leez. (Apa dia ..? Azlina, Azlan, Azleen, Azliza)

Bila Leen dah sampai, kami order lagi. Yang ni baru rasmi punya.
Terima kasih Kak Noor, moga murah rezeki .
Topik utama perbualan ialah , , - siapa lagi..? Dan pengaruhnya kepada remaja ..

Lepas habis makan, pergi ke pejabat Kak Noor yang nyaman dan melihat gambar-gambar London koleksi Kak Noor.
Ada demo tentang CCTV yang ada dalam pejabat tu untuk memantau keadaan kelas2 tuition . Apabila ada suasana nakal2, Kak Noor boleh "sound" ikut PA system.
"Ooiikkk baling-baling apa tu" sergah Kak Noor. Kelakar jugak, panik budak tu.

Imbas kembali - Komen Kak Noor tentang work behavior ku dan kenapa ku perlu aktiviti-aktiviti begitu..betuii betuii.
Pandai menilai, ek. Tepat pulak tu.

Kami berpisah kira kira pukul 2:30 petang....untuk acara seterusnya !
Kak Noor bersiap-siap balik ke Gganu kitte, Leen balik rumah ..bersiap-siap.
Me? PWTC Book Fair dan AIM.

Terimakasih kepada Kak Noor, Leen, emak Leen dan Leez - silaturrahim terjalin


sedapnya rojak tu.....nyam, nyam.... bila agaknya untie nak belanja zam?....hhhihiihi mungkin suatu hari nanti kut... pastikan kedai tu bertahan lama k hhihihih
rindu sanggat pada auntie, kak leen dan semua members...
Fri 13-May-2005 18:05
Posted by:zamzarina az_azrina7@hotmail.com
Zam .. Tak ada Zon Sembang terasa sunyi, ada jodoh jumpa lagi, mungkin dalam masa terdekat ini? Sat 14-May-2005 03:55
Posted by:KJ jbh09192002@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 11-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
20 April - An Evening With Siti Nurhaliza

Appetizer - "Shitake" mushroom cream soup. Siap ada sireh tu.
Hidangan utama - "Pan fried chicken medallions with tamarind"
Sama meja - an uncle yg give the show as b'day gift to his wife
View all 23 photos...
20 April 2005
An exclusive show, post-London performance, post-London quality and aura.

Dimulai dengan Lagu Rindu, di akhiri dengan Percayalah atas pemintaan ramai.
Pentas empat segi di tengah tengah Ballroom tapi pentas bulat ditengah boleh berpusing.

Pencuci mulut (dessert) pada malam itu adalah pilihan Siti sendiri.

Cendera hati ekslusif ialah satu set cawan dan piring kecil yang ada gambar Siti. Pada waktu hampir penghujung persembahan teh Ctea di hidangkan didalam cawan itu.

Hasil jualan sebanyak RM30,000 di sumbangkan kepada Persatuan Anak-anak Pesakit HIV.

Di pertengahan show Siti ada berterimakasih kepada seorang peminat yang berumur 70 tahun yang berada di situ.
Juga memanggil 4 penonton untuk naik ke Pentas untuk mendeklemasikan puisi secara spontan.
Seorang kanak-kanak kecil juga naik ke pentas dan bila di tanya apa kelebihannya, dia kata menyanyi..dan terus menyanyi lagu Bukan Cinta Biasa sampai habis.
Ramai peminat menghampiri tepian stage untuk bersalam, diantara nya senior Siti masa di sekolah. Lepas bersalam dia terus berkata orang itu adalah senior dia yang pandai main netball dan mengajar dia main netball.
Semasa Lagu Seindah Biasa, banyak gambar nostalgia Siti dipamerkan di screen besar..diantaranya gambar masa sekolah, berpakaian Hawaii hingga gambar sewaktu menang Juara lagu kali pertama di tahun 1997.

Pengalaman peribadi - pertemuan bermakna dengan seorang kawan sekolah yang dah 18 tahun tak di temui. Dia duduk di meja yang sama dan dia menyapa dahulu.

"Ni bukan die-hard fans lagi ni, ni hard-core" ...antara kata-katanya.


Gambar-gambar yang tidak berapa jelas diambil dari kedudukan jauh



Care to comment?


Tuesday, 10-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Flash back 1 Feb 2005 - Konsert Akustik di Astro

Di kerumuni peminat
Salam keliling stage
..and posing
View all 4 photos...
1 Feb 2005 - Mini Akustik Consert di Astro.
Selain dari menonton SN performance, ini antara perjumpaan besar untuk members Sitizone. 100 orang di jemput hadir - FREE, first come first serve booking ikut phone call ke SNP. That was the evening when I first met Kak Lon, Leen, iela. Ash met Oshin for first time in that evening too. And Leen datang first time jumpa ramai members Sitizone.
The show menyerlahkan vocal SN. Lagu2 dari PS, dan lagu nostalgia Tan Sri SM Salim dan M Nasir.

Dia menghayati "Berhenti Berharap" - ada yang sampai nangis. SN nampak pulak. (Sebab dalam satu event yang lain, SN berbual dengan kawan tu dan bertanya "Kenapa hari tu nangis ".."Lain kali jangan sedih sedih lagi tauu..")

Personal favorite "Kenang Daku dalam Doa Mu" . Some reporters cried.
English song "You're the one" (Shania Twain) ...Bila dia kena usik - "Amboii sukanyaaa"

Didn't have chance to take photo with SN after the show - too many people around her.
Just shake hands and kata "Good Luck", dibalas dengan "Thank you".

Pictures after the show were not clear but overall, marvellous performance. Di siarkan di TV pada 2 May.



Tue 10-May-2005 13:12
Posted by:KNizam  - [Link]
Hi Nizam..thanks. Tak penat ke asyik "wave" aja..? Tue 10-May-2005 13:18
Posted by:KJ
Add comment


Monday, 9-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
A flashback ...23rd March, a historical date

Took picture with one of her fans
Media interviews for her and RAH project manager.
She lost some weight, but still sweet
23rd March 2005

Siti left for London to prepare for her Live Consert at Royal Albert Hall on 1st April.

On the same evening at 7:19 pm, I received a congratulatory sms from SNP on winning the sms slogan contest, therefore would be celebrating Siti's success in London !

Some photos at KLIA...sorry for photo quality. They were taken using my handphone.

Oh, she greeted me and P* (or F*) at front door KLIA. " Hi ....................."
. Sebenarnya kita orang yang tunggu dia kat situ

Care to comment?


Thursday, 28-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Re-union 21 April : London Free Trip Group

Tekun melihat selonggok album gambar..
Jauhnya renungan, jgn lah boring
Yang sedang2 sajaaa, yg malu2 adaaa
View all 11 photos...
Untuk gambar2 di konsert RAH, sila "View Complete Photopage" dan cari "Monday 25 April"

Salam ceria Maulidur Rasul..

Re-union tergempar yg di adakan pada 21 April di Star Buck KLCC di hadiri oleh
Ash .. malu2 lagi
Oshin..malu2 konon
Ras .. malu2 sikit
Kak Noor Sinaran dan puterinya Aishah. Puteri2 yg lain tak minat ke?
Kak Lon dan family (di suruh main jauh2 kat kolam)
Ct Aini (ada gambar PC di PGH sekali)
Qura_2..cerita ekslusif di FMI Kuantan
Zamzarina dan kawan-kawan
Leen (datang dengan senyum simpul, album besarrrr)
Ros..datang jaauuuh dari Genting
Remy , isteri dan anak (Ahmad Danish)

Pukul 1:00 tgh - kehadiran agak lengkap, Leen baru park kereta, Remy on the way. Aktiviti utama islah melihat2 gambar, menonton CD melalui lap top, burn CDs yg perlu, dan mencatit gambar2 mana yang nak order.
Maksudnya adalah re-union ke 2.

Pukul 2:30 ptg - Kak Lon dan Kak Noor mula beredar. Anggunnya puteri2 Kak Noor...

Pukul 3:20 ptg - Kami mencari tempat makan yg mampu kami mambayarnya.Qura_2 mencadangkan fastfood aja. Ada yg kata food court. Apa pun naik elevator dulu. Akhirnya kami makan di Burger King. Cepat jugak servisnya sebab air ambil sendiri.

Pukul 4:15 ptg - Mula bersurai. Tapi Oshin, Ash, Ras, Leen dan SORANG lagi bergambar dulu di tepi kolam . Suasana public Holiday lah katakan.

Pukul 4:40 ptg - Leen menghantar yang SORANG tu pulang ..sebab Leen nak "terjah" rumah kawan di kawasan yg sama.

Terima kasih semua. Kepada Ash, Oshin, Ras jugak yg sudi berjumpa dan kenal2 kami. Kepada Ros dan Qura-2 (dan Ras) yg sanggup datang dari jauh.

Gathering yang tidak rasmi dan tergempar..saja. Gathering rasmi para peminat SN di uruskan oleh "Ketua Kelas" di Sitizone.com dari semasa ke semasa.


Sat 30-Apr-2005 01:27
Posted by:Remy rahimi@kempen.gov.my
Sat 30-Apr-2005 01:27
Posted by:Remy rahimi@kempen.gov.my
Hi Remy..nama Ahmad Danish dah di betulkan. Terima kaseyyy Sat 30-Apr-2005 19:56
Posted by:Best Vocal 30 April
View all 6 comments Add comment


Monday, 25-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat terhibur, sekadar berkongsi .. "Spirit_of_London"

Upacara bersejarah 31/3 :Tukar Guardsman di Istana Buckingham
Keunikan bangunan di London. Ini di kawasan Kensington High St.
London Tower Bridge. "London Bridge is NOT falling down."
View all 76 photos...
Salam ceria buat kawan-kawan semua

Gambar-gambar yang terpapar di sini adalah dari koleksi
dari peminat Siti Nurhaliza yang menyertai free trip ke London dari 29 March - 2 April 2005.

Setinggi penghargaan, selaut kasih, sepantai sayang kepada Siti Nurhaliza Production dan Sri Sutra Travel.

Terimakasih kepada Shidah, Leen, Eina, Qura_2, zkhairul, El, Pattzi yang berkongsi gambar-gambar di London, samada dalam CD atau e-mail.

Juga untuk Kak Lon dan keluarga, Kak Noor dan keluarga,
Ctaini, Ros, Remy dan keluarga, Jamm, Ash, Oshin, dan Ras yang memeriahkan re-union kami pada 21hb April 2005.

Selamat terhibur !

"Yeah ...Berkongsi gambar waktu susah dan senang".

wow.. best sangat gambar gambar semasa di london.. baru sempat lihatlah.. best best.. terima kasih banyak banyak.. Sun 8-May-2005 13:26
Posted by:esta (sitizone) claresta_indonesia@yahoo.com
wow.. best sangat gambar gambar semasa di london.. baru sempat lihatlah.. best best.. terima kasih banyak banyak.. Sun 8-May-2005 13:26
Posted by:esta (sitizone) claresta_indonesia@yahoo.com
wow.. best sangat gambar gambar semasa di london.. baru sempat lihatlah.. best best.. terima kasih banyak banyak.. Sun 8-May-2005 13:26
Posted by:esta (sitizone) claresta_indonesia@yahoo.com
View all 14 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.